DoudouLinux
Komputer pilihan mereka!
Langues du site [ar] [de] [en] [es] [fr] [it] [ms] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [zh]
Toutes les versions de cet article : [عربي] [Deutsch] [English] [Español] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [română] [русский] [српски] [中文]
DoudouLinux kini boleh didapati untuk dimuat turun versi media CDROM dan USB (kekunci USB atau cakera CD). Kedua-dua versi datang dalam pelbagai bahasa bergantung kepada bahasa yang anda ingin gunakan. Oleh itu, anda juga boleh melatih anak-anak anda bahasa Perancis atau Sepanyol dengan hanya memuat turun versi yang sepadan [1]. Kami berhasrat untuk menyediakan kemudiannya kedai online untuk membolehkan anda memesan CDROM, kekunci USB atau kad flash DoudouLinux yang sedia untuk digunakan. Ini akan mengelakkan operasi teknikal yang diperlukan oleh orang-orang yang tidak merasa cukup mahir atau yang hanya ingin memberi bantuan kewangan kepada projek ini [2].
Fail ISO mesti dimuat turun untuk CDROM. Fail ini ditulis ke CDROM menggunakan fungsi "membakar imej ISO" menggunakan mana-mana aplikasi pembakar CD. Amaran: jangan hanya menyalin imej ISO seperti fail lain yang disalin ke data CD. Anda mesti menggunakan fungsi membakar khas yang telah dinyatakan sebelum ini, jika tidak struktur CDROM tidak akan betul untuk diboot. Sepatutnya imej ISO mengandungi beberapa fail yang akan muncul pada CD sebaik sahaja ianya ditulis. Jika anda menggunakan fungsi penciptaan data CD, anda akan mempunyai satu file sahaja dalam CD anda: iaitu fail yang anda baru sahaja muat turun ...
Imej kekunci USB yang akan muat turun, dipanggil "imej cakera", perwakilan data cakera tahap rendah iaitu sebagai fail IMG. Seperti mana anda tidak boleh hanya menyalin fail ISO terus ke data CD, anda juga tidak boleh hanya menyalin fail IMG terus ke kekunci USB. Walau proses untuk menulis kekunci USB DoudouLinux ke yang lebih teknikal berbanding versi CDROM. Anda memerlukan alat khusus yang tidak disediakan oleh sesetengah sistem, terutama Windows®. Proses penciptaan kekunci USB diterangkan pada halaman Mencipta kekunci USB DoudouLinux.
Selain itu, memulakan sistem dari kekunci USB kurang disokong pada mesin yang lebih lama (tahun 2005 dan sebelumnya) dan agak sukar sedikit untuk mengaktifkan apabila ia tidak ditetapkan sebagai lalai. Memboot pada Macintosh®, berbeza dari memboot dari PC dan diboot menggunakan kekunci USB adalah sukar bahkan kadangkala adalah mustahil. Gunakan versi ini hanya jika anda berasa cukup selesa dengan komputer anda!
Prosedur ini adalah sama seperti untuk kekunci USB kerana semua alat-alat ini dikesan sebagai peranti simpanan oleh mana-mana teknologi yang digunakan. Walau bagaimanapun sila ambil perhatian jika anda ingin memulakan DoudouLinux dari dalam kad flash itu sendiri yang dimasukkan ke dalam pembaca kad bersepadu dalam komputer anda, kejayaan tidak dapat dipastikan. Ujian dilakukan dengan dua netbook daripada jenama yang berbeza bukanlah keputusan muktamad [3]. Ujian pada komputer laptop yang lebih standard tidak berjaya.
Sebelum menulis imej CD atau cakera, kami mengesyorkan untuk menyemak integriti fail yang dimuat turun. Anda kemudiannya boleh mengesan kesilapan muat turun, kesilapan penyimpanan (salah data pada cakera anda) ataupun yang menjejaskan pelayan kami [4]. Cara untuk memeriksa integriti fail yang tepat adalah dengan pengiraan [checksum] menggunakan algoritma SHA1:
$ sha1sum doudoulinux-2010-05-ar.img ed4588f33e86cfaae5e75eb4200bd3d58c047248 doudoulinux-2010-05-ar.img
Nilai ini dibandingkan dengan yang terdapat pada halaman muat turun. Semua kesilapan mungkin tetapi sesetengah yang disengajakan [5] kemudiannya akan ditonjolkan. Nota: anda perlu mempunyai alat sha1sum dipasang dalam sistem anda untuk melakukan ini, yang bukan merupakan kes lalai pada Windows®...
Kami juga menyediakan fail mengandungi semua checksums dan yang ditandatangani dengan kekunci repositori DoudouLinux menggunakan proses digital signature. Fail tersebut adalah checksum-sha1-all dan tandatangannya adalah checksum-sha1-all.gpg. Anda boleh menyemak fail ini menggunakan arahan berikut:
$ sudo gpg --keyring /etc/apt/trusted.gpg --default-key D92ACBA0 --verify checksum-sha1-all.gpg checksum-sha1-all
Anda perlu memasang pakej dengan kekunci repositori DoudouLinux sebelum itu, dengan anggapan bahawa anda menjalankan Debian Linux atau sebarang terbitan Debian.
[1] Sudah tentu anda boleh menggunakan versi bahasa asing untuk diri sendiri juga!
[2] Keuntungan kecil yang dibuat kemudiannya akan digunakan untuk membayar infrastruktur Internet projek atau pembangunan tambahan sebagai contoh.
[3] Salah satu daripadanya tidak dapat memulakan kad flash, satu lagi boleh dimulakan tetapi gagal memboot di tengah-tengah ...
[4] Fail yang telah rosak disebabkan oleh masalah teknikal atau diubah selepas pencerobohan lanun komputer.
[5] Yang telah mengubahsuai kedua-dua imej ISO / cakera dan checksum untuk membuat mereka sepadan
Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen
Creative Commons BY-SA