DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

> Bahasa Malaysia > Dokumentasi > Aplikasi > Permainan pendidikan
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Permainan pendidikan

September 2011

All the versions of this article: [čeština] [Deutsch] [English] [Español] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [română] [русский] [српски]

DoudouLinux mengandungi sepuluh permainan pendidikan untuk kanak-kanak dari usia 2 tahun. Matlamat permulaan permainan ini semata-mata mengajar kanak-kanak mengerakkan tetikus. Kemudian setelah membiasakan diri dengan papan kekunci, mereka boleh dilatih untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang lebih kompleks seperti mempelajari abjad, mengira, meneka dan sebagainya.

Senarai permainan pendidikan berserta pautan laman webnya adalah:

  • Gamine, dari 2 tahun kebawah!
  • Gcompris, dari 2 tahun tetapi kami mencadangkan 4 tahun jika mengikut konfigurasi Doudoulinux

Penerangan ringkas yang dipetik dari laman web aplikasi berkenaan:

GIF - 52.5 kb
Gamine animation

Gamine

Gamine disasarkan kepada kanak-kanak kecil yang akan meneroka pergerakan tetikus. Idea asas adalah untuk menghasilkan semula latar belakang. Apa yang mereka boleh lakukan adalah lukis satu garisan yang mengikuti pergerakan kursor tetikus dan memasukkan beberapa bentuk apabila mereka klik butang tetikus, dalam persekitaran latar belakang audio menyenangkan. Oleh kerana aplikasi ini berjalan dalam skrin penuh, ia dapat mengelakkan kanak-kanak dari membuat bencana pada komputer secara tidak sengaja...

Flash - 1 kb
Pysycache - Youtube

Pysycache

Mengajar kanak-kanak menggunakan tetikus! Pysycache menyediakan aktiviti berdasarkan objek ringkas dan sebilangan foto. Kanak-kanak akan belajar meletakkan tetikus pada skrin dan menekan butang. Ini adalah langkah seterusnya selepas Gamine.

Nota: permainan ini terdapat pada kedua-dua aktiviti lanjut “DoudouLinux Mini” dan “Keseluruhan DoudouLinux” dengan tahap kesukaran yang semakin meningkat.

Flash - 1 kb
Tuxpaint - Youtube

Tux Paint

Tux Paint merupakan aplikasi melukis untuk kanak-kanak dari 2 hingga 12 tahun. Ia mempunyai antara muka grafik yang mudah dicapai. Bunyian lucu mengiringi peralatan yang berlainan. Kanak-kanak melukis pada halaman putih menggunakan peralatan dan cop, atau memuatkan templat untuk dihias dengan segala peralatan sedia ada. Hasil artistik dijamin!

Flash - 1 kb
Childsplay - Youtube

Childsplay

Childsplay adalah permainan pendidikan yang memaparkan sekumpulan aktiviti:

  • aktiviti belajar menggunakan papan kekunci dan tetikus
  • daya ingatan dengan imej dan bunyi
  • pembelajaran huruf dan angka
  • aktiviti menyeronokkan (teka-teki, pacman, biliard dan sebagainya)
Flash - 1 kb
Gcompris - Youtube

Gcompris

Gcompris adalah perisian pendidikan yang memaparkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dari 2 hingga 10 tahun. Aktiviti mungkin menyeronokkan tetapi ia sentiasa berbentuk pendidikan. Aktiviti meliputi bidang-bidang berikut:

  • menerokai komputer → papan kekunci, tetikus, menggerakkan tetikus
  • Matematik → semakan jadual, penghitungan, jadual catatan bergu, imej cermin, ...
  • Sains → elektrik, kunci terusan, kitaran air, kapal selam, ...
  • Geografi → letakkan negara-negara di atas peta
  • Permainan → catur, ingatan, connect 4, oware, Sudoku ...
  • Membaca → amalan membaca
  • Lain → belajar untuk memberitahu masa, teka-teki lukisan terkenal, lukisan vektor, membuat kartun, ...

Secara keseluruhan, Gcompris menawarkan sekurang-kurangnya 100 aktiviti! Oleh itu, kanak-kanak 2 atau 3 tahun mungkin mempunyai kesukaran untuk mencapai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan mereka. Bagi mereka, kita perlu mengkonfigurasi Gcompris dalam mod yang sangat terhad tetapi ini bukan merupakan kes DoudouLinux. Walau bagaimanapun, perisian ini adalah dicadangkan dalam kedua-dua aktiviti yang paling maju "DoudouLinux Mini" dan "Keseluruhan DoudouLinux" dengan thap kesukaran aktiviti-aktiviti yang semakin meningkat.

PNG - 29 kb
Klettres

Klettres

Belajar abjad dan... lokasi kekunci pada papan kekunci! Komputer akan memberitahu huruf dan menampilkannya, kanak-kanak perlu menekan kekunci yang betul pada papan kekunci. Tahap kesukaran lebih tinggi menyingkirkan huruf atau / dan menggantikan huruf dengan suku kata. Sila ambil perhatian bahawa ia juga boleh menjadi perisian yang menarik untuk golongan dewasa untuk belajar menyebut abjad dalam bahasa asing.

JPEG - 14.5 kb
Ktuberling

Ktuberling

Mr Potato klasik dalam versi digital (Mr e-Potato!). Beliau boleh menyamar dan satu suara akan memberitahu kata nama unsur-unsur yang diheret dengan tetikus. Sekali lagi dijalankan dalam bahasa asing boleh menjadi menarik untuk golongan dewasa.

PNG - 97.1 kb
Khangman

Khangman

Permainan menggantung manusia tidak begitu mudah untuk kanak-kanak... Nasib baik petunjuk disediakan.

PNG - 8.7 kb
Kanagram

Kanagram

Kanak-kanak perlu menyusun semula huruf perkataan. Sekali lagi ia tidak begitu mudah dan petunjuk boleh didapati apabila kehabisan idea...

PNG - 49.8 kb
Kgeography

Kgeography

Satu aplikasi untuk mempelajari geografi. Ia menyediakan negara-negara di seluruh dunia dan negeri-negeri di Amerika Syarikat.


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0