DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

Langues du site [ar] [cs] [de] [en] [es] [fr] [it] [ms] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [zh]

> Bahasa Malaysia > Dokumentasi > Soalan dan isu > Laporkan masalah perkakasan
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Laporkan masalah perkakasan

Octobre 2011

Toutes les versions de cet article : [English] [français] [Bahasa Malaysia] [română] [русский]

Jika anda tidak boleh menjadikan rangkaian atau bunyi berfungsi, jika skrin anda tidak ditetapkan dengan betul, maka anda boleh menggunakan alat DoudouLinux untuk melaporkan isu perkakasan. Alat ini menjana fail teks yang mengandungi banyak maklumat tentang konfigurasi perkakasan anda. Kemudian kami boleh menggunakan maklumat ini untuk mendiagnosis masalah anda dari jauh. Sudah tentu, kami tidak boleh menjamin kejayaan, tetapi ini adalah lebih baik daripada bermula dari kosong!

Nota:
- * Sila baca halaman dokumentasi yang sepadan dengan masalah anda sebelum menghubungi kami!
- * Kami tidak boleh menawarkan banyak bantuan jika masalah anda berkaitan dengan pencetak. Terdapat pencetak yang tidak dikendalikan dengan betul oleh DoudouLinux dan kami tidak dapat memberitahu anda yang mana satu. Kami juga tidak mempunyai banyak pengalaman dengan pencetak pada Linux ...

Alat isu perkakasan

Alat untuk menghantar laporan Isu Perkakasan terletak dalam kumpulan "Sistem" tab "Penalaan" dari aktiviti "Seluruh DoudouLinux". Ia adalah sebuah aplikasi yang sangat mudah untuk menghasilkan laporan kemudiannya mencadangkan untuk dihantarkan ke portal permintaan sokongan kami jika anda bersambung ke Internet. Jika anda tidak bersambung, anda perlu memasangkan peranti simpanan boleh tanggal (contohnya kekunci USB), salin fail laporan kemudian hantarkan melalui e-mel dari komputer lain. Nama fail laporan tersebut adalah "doudou-hwreport.gz" dan sepatutnya berada di dalam direktori home.

PNG - 20.8 ko
Launching the hardware issue report tool
PNG - 17 ko
The hardware issue tool is able to reach the Internet

Sila ambil perhatian bahawa buat masa ini, alat tersebut tidak dapat menghantar laporan secara automatik. Anda perlu mengisi borang dan melampirkan fail laporan sebelum menghantar borang . Sebab itulah alat tersebut akan membuka pengurus fail dan navigasi web untuk menunjukkan kepada anda di mana fail laporan dan borang apakah yang perlu diisi. Jika tetingkap navigasi web menyembunyikan pengurus fail, anda boleh bertukar-tukar tetingkap dengan menekan kekunci Tab sambil menekan kekunci Alt.

Sudah tentu, jika Internet tidak boleh didapati, alat ini akan berakhir tanpa menunjukkan navigasi web tetapi pengurus fail masih akan ditunjukkan untuk membenarkan anda menyalin fail laporan.

PNG - 12 ko
Send the report by yourself if the Internet is unreachable…

identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

Solutions Linux Priorité au Logiciel Libre! Je soutiens l'April. DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | squelette | Peta Laman| Suivre la vie du site RSS 2.0