DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

> Bahasa Malaysia
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

DoudouLinux - Komputer pilihan mereka!

DoudouLinux mendedahkan kepada kanak-kanak tentang kreatif, pembelajaran, budaya dan keseronokan yang terpendam di dalam setiap komputer.

Blue fish - gartoon {PNG} DoudouLinux direka khas untuk kanak-kanak agar penggunaan komputer menjadi semudah dan seseronok yang mungkin untuk mereka (termasuk ibu bapa juga! [1]) dengan mengambil berat tentang kupuasan. DoudouLinux menyediakan 10 aplikasi yang sesuai untuk kanak-kanak dari 2 ke 12 tahun dan memberikan mereka satu persekitaran yang mudah untuk digunakan sebagaimana konsol permainan. Kanak-kanak boleh belajar, menemui dan berseronok tanpa perlu sentiasa diawasi oleh ibu bapa!

activity-menu

Smiling man - gartoon {PNG} DoudouLinux juga dibina untuk memudahkan ibu dan bapa. Terdapat dalam bentuk CDROM autorun, DoudouLinux tidak perlu dipasang. Ia tidak menyentuh data di dalam komputer yang dijalankan, mahupun sistem yang dipasang pada komputer. Didatangkan dengan penapis kandungan terbina dalam, ia menghalang kanak-kanak daripada secara tidak sengaja melawat laman-laman web yang tidak baik [2]. Ia juga mengekalkan privasi pengguna di Internet, menghilangkan iklan di laman web dan menghalang pepijat, untuk memberikan pengalaman laman web yang terbaik. Anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja dan membiarkan kanak-kanak di mana-mana komputer tanpa perlu bimbang. DoudouLinux boleh dipinjamkan, ditawarkan, dipinjamkan semula, disalin seberapa kerap yang anda mahu. Sama seperti yang mereka lakukan di taman permainan sekolah! Ia adalah sah sepenuhnya mengikut undang-undang, jadi DoudouLinux benar-benar bebas risiko daripada setiap sudut.

Muat turun CD sekarang

Derma

DoudouLinux 2.1 Hyperborea Malay (1 GB)

Hasil tambah semak SHA1 cef2053977fca0bfb0fede07f4d98447ae0fc4ec

Earth - gartoon {PNG} DoudouLinux juga mensasarkan untuk menjadikan komputer boleh diperolehi oleh semua kanak-kanak di dunia, tanpa diskriminasi untuk menggalakkan mereka menguasai teknologi - baca manifesto kami. Atas sebab ini, laman web DoudouLinux.org membolehkan anda memuat turun versi penuh serta percuma dan akan sentiasa berbuat demikian. Selain itu, DoudouLinux boleh didapati dalam beberapa bahasa supaya setiap kanak-kanak akan berasa selesa apabila mereka mula membaca. Ketika ini kami menyokong 43 bahasa [3]. Lebih daripada 60 bahasa boleh dijana [4], Malangnya kualiti terjemahan tidak seragam antara bahasa [5]. Jika anda ingin untuk membantu menterjemahkan bahasa anda, silalah hubungi kami.

Baca lagi…

Footnotes

[1] Bagaimanapun, ibu bapa perlu menjalankan latihan pada waktu malam jika tidak mahu berasa kekok!

[2] Fungsi ini masih dalam ujian untuk beberapa bahasa seperti Bahasa Arab, Bahasa Romania, Serbia dan Ukraine, serta bahasa percubaan.

[3] Arab, Armenia, Bengali, Burma, Cina (China dan Taiwan), Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Bahasa Inggeris, Bahasa Esperanto, Finland, Perancis, Bahasa Galicia, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Hungarian, Indonesia, Itali, Latvia, Lithuania , Luxembourg, Bahasa Melayu, Bahasa Marathi, Bahasa Norway (Bokmål dan Nynorsk), Parsi, Poland, Portugis (Brazil dan Portugal), Romania, Rusia, Scotland Gaelic, Serbia, Sepanyol, Sweden, Tajik, Telugu, Turki dan Ukraine.

[4] DoudouLinux sudah tersedia untuk dimuat turun dalam beberapa bahasa, tetapi ia tidak mustahil untuk membina semula DoudouLinux dalam lebih banyak bahasa.

[5] Perkembangan terjemahan CD boleh dilayari dalam talian di Transifex

identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0