DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

> Bahasa Malaysia > Dokumentasi > Apa yang baharu di dalam keluaran terbaharu?
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Apa yang baharu di dalam keluaran terbaharu?

September 2011

All the versions of this article: [Deutsch] [English] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [română] [русский]

Keluaran stabil rasmi yang pertama, DoudouLinux (versi 1.0) telah diterbitkan pada awal Jun 2011. Namanya adalah DoudouLinux Gondwana. Kemas kini pertama keluaran ini (versi 1.1) telah diterbitkan pada akhir bulan September 2011. Ia sedia untuk dimuat turun sebagai fail imej yang CDROM yang sedia untuk dibakar sebagai fail ISO - bukan fail data, atau sebagai fail imej kekunci USB yang memerlukan peralatan khas untuk menjadikannya mampu untuk memulakan komputer. Keluaran kemas kini 1.1 secara rasmi menyokong 25 bahasa [1]. Jadi apa yang baharu di dalam keluaran kali ini?

Aplikasi Baharu

DoudouLinux Gondwana didatangkan dengan dua aplikasi baharu, ditambah dengan pelancar yang baharu dan satu aplikasi gantian untuk pengurus rangkaian:

  • Songwrite2 merupakan penyunting lagu dan pemain yang ringkas, tetapi berkuasa
  • Stopmotion merupakan pembina filem animasi yang mudah :), tetapi berkuasa
  • Jukebox adalah pelancar kecil yang hanya memainkan fail muzik dalam direktori Muzik pengguna
  • Network Managermenggantikan alat pengurus rangkaian terdahulu lxnm yang tidak dapat mengendalikan rangkaian Wifi dengan mudah

3 aplikasi baharu yang pertama terdapat dalam aktiviti Keseluruhan DoudouLinux, dalam tab multimedia. Selain itu kemas kini 1.1 didatangkan dengan alat baru yang kecil untuk menetapkan dengan mudah nama samaran pengguna pada rangkaian tempatan (untuk digunakan dengan mesej segera Empathy).

Seperti yang anda boleh lihat projek kami sedang bergerak ke arah kandungan digital. Kami percaya bahawa kanak-kanak juga perlu diajar tentang penggunaan dan penciptaan kandungan digital, di mana komputer kekal sebagai alat yang terbaik. Sebab itulah usaha-usaha kami akan diteruskan pada masa hadapan dengan menyediakan lebih banyak kandungan digital dan lebih banyak aplikasi ciptaan digital untuk kanak-kanak lebih tua. Oleh sebab itu, jika anda mahu projek kami menawarkan lebih banyak kandungan digital dengan lebih pantas, anda boleh sertai dan membantu kami mewujudkan fail lagu, filem animasi, cerita, dan sebagainya. Penyertaan anda amat dialu-alukan! ;).

Jadi mari kita lihat aplikasi-aplikasi tersebut.

Songwrite

Songwrite telah dicipta untuk orang-orang yang tidak mengetahui teori muzik. Sebab itulah mengapa ia tidak menggunakan notasi muzik standard tetapi fingerings dan tab sebaliknya, yang hanya mewakili tempat di mana anda letakkan jari anda pada instrumen muzik! Irama kemudian diwakili oleh ruang antara nota. Sudah tentu anda boleh beralih dengan notasi muzik rasmi tetapi ini bukan tingkah laku aplikasi secara lalai.

Tambahan pula, lirik boleh ditambah dengan mudah ke skor muzik untuk menyanyikan lagu. Menggunakan ciri percetakan, ini membolehkannya mencetak buku-buku lagu yang kecil untuk kanak-kanak. Kami percaya ia adalah cara yang baik untuk memulakan pembelajaran muzik dan pembelajaran alat muzik, terutamanya, kerana Songwrite boleh mengendalikan penjarian seruling dan instrumen perkusi: flutes agak murah dan instrumen perkusi merupakan alat yang paling mudah untuk dipelajari.

JPEG - 73.1 kb
Songwrite

Stopmotion

Stopmotion adalah pencipta filem animasi. Ia boleh membuat fail filem dari siri gambar yang ditangkap dengan webcam, sebagai contoh. Penggunaan yang lazim adalah membuat satu babak dengan watak kecil kemudian mengambil gambar selepas menggerakkan sedikit watak-watak langkah demi langkah. Menggunakan aplikasi rakaman audio DoudouLinux, anda juga harus boleh menambah suara, bunyi atau muzik ke filem. Kanak-kanak akhirnya akan mengetahui bagaimana pawagam berfungsi. Ini juga merupakan peluang yang hebat untuk mereka mula memikirkan senario, watak, tabir, landskap, dll.

JPEG - 83 kb
Stopmotion

Jukebox

Ia bukanlah benar-benar satu aplikasi tetapi pelancar khas yang memulakan pemain media dengan senarai fail yang hendak dimainkan. Fail terdiri daripada MIDI, OGG dan WAV yang terdapat dalam direktori Muzik aktiviti Keseluruhan DoudouLinux. Mereka bermain dalam susunan rawak untuk menghiburkan kanak-kanak, pemain dilancarkan pada skrin penuh menampilkan lengkungan yang cantik mengalir merentasi seluruh skrin.

Pada masa ini, set muzik yang didatangkan bersama DoudouLinux tidaklah begitu besar, tetapi kami ingin terus menambah lagu dalam pelbagai bahasa. Ia meliputi kebanyakannya lagu kanak-kanak Perancis dan muzik klasik Eropah pada masa ini. Kami mungkin akan meletakkan sebahagian daripadanya di Internet untuk mengurangkan saiz CD pada masa akan datang. Sila ambil perhatian bahawa skor fail MIDI boleh didapati dalam format Songwrite serta dalam format PDF dalam direktori Muzik.

Network Manager

Ia adalah sebuah aplikasi yang agak standard untuk menguruskan rangkaian dalam persekitaran Linux. Kini DoudouLinux didatangkan dengan lebih banyak pemacu dan firmware untuk perkakasan rangkaian, kami perlu mengambil masa membuat ruang yang diperlukan pada CD termasuk alat pengurus rangkaian yang lebih maju. Ia mampu untuk menguruskan kedua-dua berwayar dan rangkaian tanpa wayar dengan . Hanya pasangkan rangkaian dan ia sepatutnya boleh berfungsi secara dalam beberapa saat! Paling tidak, anda akan diminta untuk masukkan kekunci WEP / WPA rangkaian anda.

PNG - 5.7 kb
Network not connected
PNG - 5.7 kb
Network search
PNG - 5.7 kb
Network being connected
PNG - 5.6 kb
Network connection active

Penambahbaikan lain

Antaramuka pengguna

  • Kami telah meningkatkan proses boot dan penutupan DoudouLinux. Kini, imej yang cantik dipaparkan dan cebisan muzik yang menyenangkan dimainkan semasa operasi ini.
  • Kami memasukkan mesej audio pertama yang bermatlamat untuk membolehkan kanak-kanak yang tidak boleh membaca memahami apa yang diberitahu oleh komputer mereka. :) Kami juga menambah mesej audio bagi isyarat bateri rendah dan meminta penyingkiran CD pada penutupan.
  • Menu aktiviti telah direka semula dan fungsi penutupan / reboot lebih mudah untuk dicari. Sebagai tambahan kepada versi baharu, kini ia mengendalikan bahasa yang ditulis dari kanan ke kiri.
  • Untuk melumpuhkan amalan web yang terlalu kerap dan menjengkelkan, pelayar web Epiphany kini mempunyai penyekat iklan dan popup. Kanak-kanak akan mempunyai pengalaman Internet yang lebih baik.
  • Satu pintasan , Alt + F5 telah ditambah. Ia mulakan semula panel atas kanan apabila ianya tidak dilukis dengan betul (panel kekal hitam dan kosong).

Hyperborea start screen

WAV - 2.1 Mb
Gondwana start music
DoudouLinux Gondwana music, recorded with Rosegarden

Lain-lain

  • DoudouLinux Gondwana menyediakan sokongan perkakasan yang lebih yang untuk rangkaian berwayar, rangkaian WiFi, webcam, tablet PC dan skrin sesentuh.
  • Pemilihan output audio kini tetapan seluruh sistemdan kepada semua aktiviti dan bukan hanya pada aktiviti Keseluruhan DoudouLinux sahaja.

Untuk senarai penuh perubahan, sila layari projek pengurusan perisian kami.

Penambahbaikan dalam Gondwana kemas kini 1

Terbitan kemas kini 1.1 sebahagian besarnya kemas kini bahasa. Bilangan bahasa rasmi disokong [2] meningkat dari 15 ke 25. Selain itu beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan:

  • Songwrite kini dalam versi terbaru untuk menyelesaikan isu-isu bahasa.
  • Banyak isu-isu terjemahan lain telah diselesaikan.
  • Pemacu video asas dipaksa pada perkakasan terkini Poulsbo untuk mengelakkan berakhir dengan skrin hitam.
  • Dokumentasi PDF terbenam telah dikemaskini.
  • Tambahan lagu versi Rusia Brother John.

Untuk senarai yang lebih terperinci tentang perubahan, sila baca artikel nota keluaran.

Footnotes

[1] Bahasa Arab, Cina, Czesh, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Itali, Latvia, Melayu, Bahasa Norway (Bokmål ¥ l), Parsi, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Serbia, Sepanyol, Sweden, Telugu dan Ukraine.

[2] Ini adalah bahasa yang terjemahan telah pun bermula. Walau bagaimanapun, kerja-kerja terjemahan mungkin lambat atau tertangguh disebabkan oleh ketiadaan penyumbang : Marilah bersama-sama membantu jika anda mendapati bahasa anda tidak cukup diterjemahkan!


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0