DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Tip dan trik

November 2011

All the versions of this article: [Deutsch] [English] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [română] [русский]

Beberapa trik kecil boleh membuat anda rasa lebih selesa dengan DoudouLinux jika anda bercadang untuk menggunakannya dalam mod paling maju. Beberapa trik tersebut boleh mengimbangi kekurangan fungsi yang biasanya didapati dalam persekitaran pengkomputeran aliran utama.

Menukar tetingkap ke skrin penuh

Pada kebanyakan masa anda hanya perlu tekan kekunci F11 pada bahagian atas papan kekunci anda. Menekan kekunci ini sekali lagi membawa anda kembali memaparkan mod normal. Sudah tentu anda masih boleh menggunakan persegi kecil di sebelah silang pada sebelah kanan atas setiap tetingkap!

Menyembunyikan tetingkap

Tiada kawasan untuk ikon tetingkap supaya ia tidak boleh "diminimumkan", iaitu. anda tidak boleh menghilangnya dari skrin. Sebaliknya ia boleh "digulung" dengan menggunakan roda tetikus apabila kursor di atas bar tajuk tetingkap. Anda juga boleh menggunakan butang kecil di sebelah kiri bar tajuk tetingkap [1]. Apabila tetingkap digulungkan, hanya bar tajuk boleh dilihat. Bar tajuk boleh digerakkan tanpa meregangkan tetingkap.

Bertukar dari satu tetingkap ke tetingkap lain

Kebanyakan persekitaran boleh menukar tetingkap aktif dengan menekan serentak kunci Alt dan Tab. Jika anda terus menekan kekunci Alt dan tekan pada Tab beberapa kali anda akan melihat semua tetingkap satu demi satu. Tetingkap yang diaktifkan akan dikelilingi dengan sempadan hitam tebal. Anda hanya perlu untuk melepaskan kekunci Alt apabila tetingkap yang dikehendaki dipilih. Nota: jika tetingkap telah digulungkan, ia akan diregangkan secara automatik.

Menukar susun atur papan kekunci atau aksara dengan Alt + Shift

Pada kesemua CD DoudouLinux anda boleh menukar susun atur sekurang-kurangnya antara Azerty, QWERTY dan Qwertz dengan menekan kedua-dua kekunci Alt dan Shift. Susunan tersebut bergantung kepada susun atur lalai CD. Sebagai contoh pada CD Perancis Azerty adalah lalai kerana di Perancis ia adalah susun atur rasmi. Menekan Alt + Shift mengubah kepada QWERTY yang digunakan di Belgium dan di Quebec. Menekan Alt + Shift sekali lagi membawa kepada Qwertz yang digunakan di Switzerland.

Berkenaan dengan bahasa yang ditulis dengan aksara bukan Latin, secara lalai adalah dengan menggunakan abjad bahasa anda: ia lebih mudah untuk kanak-kanak! Sebagai contoh dalam versi DoudouLinux Rusia papan kekunci anda akan menaip aksara Cyrillic. Menekan Alt + Shift akan menjadikan anda menaip aksara Latin [2] dengan susun atur QWERTY. Menekan Alt + Shift sekali lagi akan bertukar kepada susun atur Latin yang lain, Azerty, kemudian Qwertz. Akhirnya Alt + Shift seterusnya akan membawa anda kembali ke Cyrillic. Perhatian bahawa jika bahasa anda ditulis dari kanan ke kiri (contohnya Bahasa Arab) beralih ke abjad Latin akan menyebabkan aksara muncul dari kiri ke kanan dan sebaliknya.

Pintasan papan kekunci

Sesetengah kombinasi kekunci boleh memulakan aplikasi. Biasanya menggunakan kunci yang dipanggil Logo yang terletak di bahagian bawah kiri keyboard antara Ctrl dan Alt. Bergantung kepada papan kekunci ia mungkin mewakili logo Windows®, epal atau mana-mana tanda lain (rumah sebagai contoh).

  • Logo + E: melancarkan pengurus fail
  • Logo + D: melancarkan kamus
  • Logo + R: menunjukkan pelancar arahan [3]
  • Alt + F2: juga menunjukkan pelancar arahan
  • Logo + T: memulakan terminal [4]

Menggunakan kekunci Alt bersama tetikus

Kekunci Alt di bahagian bawah kiri papan kekunci memberikan fungsi yang mudah apabila ia ditekan sambil tetikus digerakkan:

  • Alt + butang kiri terus ditekan pada mana-mana dalam tetingkap aplikasi membolehkan anda menggerakkan tingkap tanpa perlu mensasarkan bar tajuk dengan kursor
  • Alt + butang tengah terus ditekan pada mana-mana dalam tetingkap aplikasi membolehkan anda saizkan semula tetingkap tanpa perlu mensasarkan sempadan tetingkap dengan kursor (dan ianya sangat nipis dan sukar untuk disasarkan).

Saiz semula tetingkap kemudiannya dilakukan mengikut arah bergantung kepada kawasan tingkap yang anda klik. Jika anda klik lebih pada bahagian atas kanan, tetingkap menjadi lebih besar ke atas dan ke kanan. Jika anda klik lebih di bahagian bawah kiri tingkap menjadi lebih besar ke bawah dan ke kiri dan seterusnya.

Menutup aplikasi yang kaku

Jika anda masih boleh mengakses bar tajuk, klik dengan pantas beberapa kali pada tanda silang di sebelah kanan bar. Sistem akan mengesan bahawa aplikasi tidak menjawab apa-apa dan sepatutnya mengusulkan untuk menutup (data yang tidak disimpan akan hilang). Jika ia tidak mempunyai kesan atau jika anda tidak boleh mengakses tanda silang, cuba kombinasi kekunci Ctrl + Alt + Backspace. Ini akan menutup aktiviti anda dengan serta-merta dan membawa anda kembali ke menu aktiviti. Akhir sekali jika semuanya tidak berkesan tekan butang kuasa untuk mencetuskan proses penutupan standard. Jika ia masih tidak memberi kesan, pastikan butang ini ditekan beberapa saat untuk menukar kuasa secara langsung ...

Menutup aktiviti yang kaku

Prinsip ini adalah sama seperti aplikasi yang kaku: pertama cuba Ctrl + Alt + Backspace kemudian, jika ia tidak berbuat apa-apa, butang kuasa.

Footnotes

[1] Ia mungkin berada di sebelah kanan untuk bahasa-bahasa yang ditulis dari kanan ke kiri

[2] Perhatian bahawa kedudukan pada papan kekunci tidak sepadan dengan Cyrillic.

[3] pelancar arahan boleh memulakan aplikasi menggunakan namanya. Anda hanya perlu memasukkan namanya dalam huruf kecil kemudian pelancar mengisi atau mencadangkan nama aplikasi dengan apa yang telah ditaip. Sebagai contoh untuk memulakan Mahjongg, anda hanya perlu menaip mah kemudian kekunci Enter.

[4] Terminal membolehkan anda memasukkan arahan sistem dan disasarkan kepada pengguna yang mahir


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0