DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

> Bahasa Malaysia > Dokumentasi > Aplikasi > Aplikasi untuk bekerja
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Aplikasi untuk bekerja

September 2011

All the versions of this article: [čeština] [English] [Español] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [română] [русский]

Ya, kita juga perlu bekerja serba sedikit dan sudah pasti komputer boleh membantu kita bekerja ... Untuk membantu kanak-kanak memahami peranan komputer yang lain, kira-kira sepuluh aplikasi yang agak mudah disediakan. Sesetengah daripadanya mungkin hanya berguna dengan bantuan ibu bapa. Anda akan melihat bahawa aplikasi kerja yang dicadangkan tidaklah begitu sukar!

Aplikasi untuk bekerja diterangkan secara ringkas di halaman ini. Senarai aplikasi serta senarai pautan ke laman webnya adalah seperti berikut:

PNG - 64.6 kb
OpenDict

OpenDict

Seperti yang anda boleh agak, ini adalah kamus terjemahan pelbagai bahasa. Ia dipasang bersama-sama dengan beberapa kamus tetapi juga boleh dikonfigurasikan untuk mengutip kamus dari Internet. Selain itu, perkataan Bahasa Inggeris boleh disebut terima kasih kepada sistem pertuturan sintesis tambahan.

PNG - 22.7 kb
Gcalctool

Gcalctool

Ia merupakan semata-mata kalkulator. Ia dikonfigurasi untuk memaparkan mod yang paling mudah dimana hanya menunjukkan 4 operasi asas. Walau bagaimanapun Mod maju boleh diaktifkan dalam menu "Display" untuk mendapatkan akses kepada fungsi lebih maju atau yang lebih maju.

PNG - 83.6 kb
Gedit

Gedit

Gedit adalah penyunting teks yang kecil. Daripada menyediakan perisian pemprosesan teks penuh , kami percaya bahawa kanak-kanak boleh berpuas hati dengan penyunting teks yang mudah dengan mula menaip teks-teks mereka sendiri. Secara amnya, susun atur bukanlah keutamaan mereka (mari kita bantu mereka memadankan tanda bacaan dan kaedah-kaedah huruf besar!), Dan pula mereka hanya memerlukan sebahagian kecil daripada semua ciri-ciri perisian pemprosesan teks.

PNG - 49.5 kb
Empathy
Empathy + chat theme 2

Empathy

Empathy adalah perisian mesej segera. Ia ternyata boleh berbincang dengan Google Talk, MSN ataupun Facebook, tetapi ia dikonfigurasi pada DoudouLinux sekadar boleh bercakap dengan mesin dari rangkaian tempatan. Hanya pasangkan rangkaian pada komputer DoudouLinux anda dan ianya boleh terus digunakan! Dengan cara ini kanak-kanak boleh diperkenalkan dengan komunikasi internet jenis ini tanpa perlu untuk mewujudkan akaun mereka dan tanpa risiko bagi mereka untuk dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di Internet ...

Apabila Empathy bermula, alat kecil khusus DoudouLinux dipaparkan untuk membenarkan pengguna tersebut menetapkan dengan mudah nama samaran pada rangkaian. Kemudian Empathy dimulakan, dimana hanya menambahkan lampu hijau di panel atas. Anda perlu klik padanya untuk menunjukkan senarai rakan-rakan anda pada rangkaian tempatan.

JPEG - 21.1 kb
Empathy nickname dialog
JPEG - 16.4 kb
Neighbors on the local network
PNG - 98 kb
Epiphany browser

Epiphany Browser

Pelayar web ini adalah berasaskan daripada teknologi Mozilla Firefox. Ia mempunyai penyekatan iklan dan penghalang popup untuk pengalaman melayari web yang lebih baik. Akan tetapi ianya, tidak serasi dengan sistem plugin Firefox. Walau bagaimanapun, ianya lebih ringan, mudah untuk dikonfigurasi dan lebih cepat daripada Firefox, yang merupakan antara sebab mengapa ia diintegrasikan dengan DoudouLinux menggantikan Firefox.

PNG - 56.6 kb
PcManFm

PCManFm

PCManFM adalah pengurus fail. Sekali lagi, ia telah dipilih menggantikan pengurus fail yang lebih maju kerana ringan dan kelajuan. Hasilnya hanya sebahagian pratonton fail berada pada ikonnya . Jangan lupa DoudouLinux berpendapat bahawa kanak-kanak akan belajar untuk mengurus fail mereka pada masa hadapan...

PNG - 844.3 kb
Eye of Gnome (eog)

Eog

Eog merupakan pelihat imej fail yang boleh memaparkan imej atau format gambar.Ia bukanlah seperti perisian penyunting foto, yang berkemungkinan tidak menarik untuk kanak-kanak. Anda hanya akan dapat memutarkan foto ke kanan atau ke kiri apabila ianya tidak diambil secara mendatar.

PNG - 113.9 kb
Evince

Evince

Ia merupakan pemapar fail PDF. Kepentingan untuk kanak-kanak ternyata agak kecil kecuali dokumen dalam format PDF seringkali ditemui. Sebagai contoh dokumentasi pengguna mengiringi DoudouLinux merupakan dalam format PDF!

JPEG - 67.8 kb
Xarchiver

Xarchiver

Ia merupakan pengurus arkib fail yang mengendalikan beberapa format seperti zip, tar, rar dan 7zip. Walaupun aplikasi ini mungkin tidak benar-benar berguna, kami menyediakan dalam kes beberapa fail dimampatkan yang dimuat turun dari Internet. Ia boleh dibuang dari versi DoudouLinux seterusnya.


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0