DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

> Bahasa Malaysia > Dokumentasi > Versi Pembangunan > Versi pembangunan, secara ringkas
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Versi pembangunan, secara ringkas

June 2013 — kemaskini terakhir October 2011

All the versions of this article: [italiano] [Bahasa Malaysia]

Oleh kerana versi pembangunan tidak lagi berdasarkan Debian Lenny tetapi ke atas Squeeze Debian, banyak perubahan telah berlaku kerana sistem telah menjadi bertambah baik, sesetengah perisian telah berubah, perisian baru yang lain kini boleh didapati, dan juga kerana beberapa perisian mungkin telah tiada dalam Debian. Halaman ini cuba untuk meringkaskan perbezaan antara Gondwana dan versi pembangunan ketika ini.

Tambahan dan perisian yang dibuang

Versi pembangunan didatangkan dengan perisian baharu seperti berikut:

  • multimedia → Cheese, Jokosher, Vmpk
  • kerja → TBO, GoldenDict, Gvrng, Laby, Kturtle, LittleWizard
  • permainan → Kigo, Gmchess, Gtans
  • pendidikan → Tanglet, Marble

Perisian berikut telah dibuang (atau diganti):

  • multimedia → vkeybd
  • sistem → splashy (boot bergrafik)

Oleh kerana terdapat aplikasi baharu telah bertindih dengan yang lebih lama (Marble ↔ KGeography, GoldenDict ↔ OpenDict, Gvrng ↔ Laby ↔ Kturtle ↔ LittleWizard), kami perlu mengeluarkan perisian dalam masa terdekat iaitu apabila kami telah memilih yang akan disimpan. Perisian yang ditetapkan versi pembangunan belum lagi dibekukan. Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi baharu dalam halaman Aplikasi baharu.

Ciri-ciri baharu

Ciri-ciri baharu dan penambahbaikan yang telah dibawa ke versi pembangunan:

  • Kawalan kelantangan audio dalam panel sekarang ini mengubah kedua-dua kelantangan Master dan Master Mono .
  • Panel kini mempunyai penunjuk susun atur papan kekunci
  • Boot kira-kira 30% lebih cepat, terima kasih kepada peningkatan Debian Live
  • Sokongan perkakasan yang lebih baik , terutamanya rangkaian, webcam dan kad video
  • Versi baharu huluan Songwrite, yang menyelesaikan isu-isu dengan huruf non-Latin dan tidak menunjukkan tanda-tanda muzik
    - * Binaan harian imej ISO bernama iso-hibrid juga boleh digunakan untuk membuat kekunci Live USB [1]

Saiz imej CD

Pada masa ini, saiz imej ISO CD adalah lebih besar daripada CD. Walaupun kami masih ingin memberikan imej CD, kami tidak mampu untuk mengurangkan saiz CD sekarang ke 700MB. Pada masa hadapan kami akan mencadangkan DVD pelbagai bahasa dengan aplikasi yang lebih semasa bekerja sambil cuba mengurangkan ruang cakera yang diperlukan untuk mencapai saiz CD. Kami akan cuba mengurangkan set data dan bukannya menghapuskan banyak aplikasi. Pada masa yang sama, anda mungkin memilih untuk menggunakan kekunci USB atau DVD boleh tulis melainkan jika anda mempunyai masalah dengan cara ini.

Terjemahan

Tiada kerja-kerja penterjemahan telah bermula untuk versi pembangunan. Atas sebab ini, kami menyediakan hanya beberapa bahasa. Sumber terjemahan akan disediakan Transifex pada bulan Oktober yang dirasakan masa yang terbaik.

Footnotes

[1] Fail ISO jenis baru ini adalah helah ataupun penyamaran imej ISO ke dalam imej cakera keras. Ia tidak disokong oleh semua komputer, walaupun semasa membakar CD / DVD, dan boleh membawa kepada pembekuan pada permulaan komputer. Kerana itulah ia tidak dicadangkan secara rasmi dan hanya tersedia untuk binaan harian.


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0