DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Data kekal

September 2011 — kemaskini terakhir October 2013

All the versions of this article: [čeština] [Deutsch] [English] [Español] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [română] [русский]

Kelemahan utama sistem "CD-ROM" seperti DoudouLinux adalah data yang diubahsuai akan hilang apabila komputer ditutup. Ia terjadi kepada kedua-dua data pengguna, iaitu yang dikerjakan dan sistem data. Mengetahui batasan-batasan ini, pemaju sistem ini yang dipanggil "Live CD" membina alat untuk memastikan pengekalan data dari satu sistem boot kepada yang lain. Sudah tentu, peranti USB seperti kekunci USB boleh digunakan untuk menyimpan data DoudouLinux anda. Ianya disyorkan jika anda kadang-kala ingin menukar komputer.

Nota: versi kekunci USB DoudouLinux mempunyai kelemahan seperti CD, selagi pengekalan data tidak diaktifkan. Perbandingan kelebihan dengan versi CD adalah anda mempunyai DoudouLinux dan datanya pada peranti yang sama (ditambahkan dengan fakta bahawa kekunci USB lebih pantas dan kurang bising dari CD).

1- Bagaimana pengekalan berkerja?

Apabila DoudouLinux bermula, ia memulakan sistem menggunakan kandungan CD atau kekunci USB dengan mod baca sahaja. Data tersebut tidak boleh diubahsuai. Walaubagaimanapun, semasa proses boot, satu program kecil akan mencari dalam konfigurasi perkakasan anda untuk peranti simpanan yang mungkin mengandungi data kekal dari penggunaan DoudouLinux terdahulu. Jika salah satu daripada peranti mengandungi apa yang diperlukan, maka data berkenaan akan dijadikan sebagai baca/tulis dalam DoudouLinux. Tambahan pula, jika anda membuat data baharu, ia akan ditulis pada peranti simpanan supaya ia boleh digunakan semula apabila DoudouLinux diboot semula pada masa akan datang.

Nota: disebabkan media yang menghoskan data kekal perlu disambungkan sebelum memboot DoudouLinux, ia tidak boleh disambungkan semasa ia berjalan.

Secara teknikalnya, DoudouLinux membina satu fail bernama home-rw-doudoulinux atau live-rw-doudoulinux pada peranti anda. Oleh kerana fail tersebut sudah berada pada komputer anda, DoudouLinux mengetahui bahawa data kekal terdahulu akan digunakan. Jika anda memadam atau mengubahnya, anda akan kehilangan semua data kekal tersebut...

2- Mengaktifkan pengekalan

Sistem DoudouLinux secara lalai bermula dengan mengambil kira pengekalan data. Ini tidak bermakna ianya aktif tetapi sistem boleh menggunakannya jika menjumpai media yang telah dikonfigurasikan. Pilihan untuk mod ini dilakukan beberapa saat pada boot yang pertama. Anda boleh memilih diantara mod: dengan atau tanpa pengekalan (lihat screenshot di bawah). Mod tanpa pengekalan diperlukan jika anda perlu untuk menyahaktifkan pengekalan (lihat di bawah Nyahaktifkan pengekalan).

PNG - 40.1 kb
Activation ou non de la persistance au début du démarrage

Sebaik sahaja DoudouLinux bermula dan sedia untuk digunakan, pengekalan boleh diaktifkan dengan menggunakan alat “Data kekal” pada seksyen aplikasi “PenalaanSistem” (Aktiviti Keseluruhan DoudouLinux). Mod lalai bagi alat ini dinamakan “wizard”. Mod “pakar” diterangkan dengan lebih lanjut kemudiannya dalam halaman ini dan mungkin menarik minat segolongan kecil pengguna.

Mod “wizard” bermula dengan mengesan cakera luaran (USB) dan cakera dalaman. Jika satu atau lebih cakera luaran dikesan, alat ini akan mencadangkan untuk mengaktifkan data kekal pada cakera luaran adau cakera dalaman menggunakan satu senarai. Jika hanya satu cakera dalaman ditemui, alat akan bertanya sama ada mahu gunakan cakera luaran atau tidak, contohnya kekunci USB. Jika tidak, alat akan mencadangkan penggunaan cakera dalaman ini. Setelah pengesahan terakhir (lihat screenshot di bawah), alat akan membina fail pengekalan pada peranti pilihan untuk anda. Saiz tidak boleh ditala dalam mod “wizard”, secara lalai adalah 100 MB dan diubahsuai bergantung pada ruang cakera yang ada supaya tidak lebih daripada 50% ruang kosong yang akan digunakan.

PNG - 7.6 kb
Validating persistence activation

Setelah operasi selesai, DoudouLinux perlu diulang semula kerana tetapan pengekalan hanya boleh dilakukan semasa sistem sedang boot.

3- Mod pakar

Mod pakar tidak boleh diakses dengan mengklik tetikus. Anda perlu melancarkan alat ini pada konsol [1] menggunakan arahan dibawah:

sudo persistence-gui --expert

Memulakan alat ini akan membawa kepada beberapa siri soalan (lihat screenshot di bawah):

  1. jika anda mempunyai beberapa cakera, ia akan bertanya cakera manakah yang akan merekodkan DoudouLinux?
  2. jika cakera pilihan mempunyai beberapa sekatan (partition), pada sekatan manakah data DoudouLinux akan direkodkan?
  3. pengekalan jenis mana yang anda mahu? (lihat 4 jenis pengekalan)
  4. berapakah saiz fail pengekalan?

Setelah semua soalan dijawab, DoudouLinux akan menyediakan cakera pilihan supaya dapat menghoskan data yang diubahsuai.

PNG - 7.2 kb
Selection of the disk to be used
PNG - 5.5 kb
Selection of the partition to be used

4- 4 jenis data kekal

Data kekal boleh mengendalikan sama ada data pengguna sahaja atau kedua-dua data pengguna dan data sistem. Dengan pilihan kedua ini , sistem boleh diubah suai dan secara khususnya aplikasi juga boleh ditambah, dan sudah tentu ia memerlukan lebih banyak ruang bebas. Tambahan pula, pilihan ini tidak lagi menjamin keselamatan sistem DoudouLinux anda. Ia sepatutnya hanya digunakan dalam kes-kes yang sangat khusus.

Di samping itu, data diubah suai boleh disimpan dalam fail yang unik, sejenis arkib, atau direktori di root partition cakera. Data boleh dibaca dengan mudah dari dalam sistem yang lain dengan menggunakan kaedah kedua, tetapi ianya mungkin menghasilkan direktori yang bertindih dengan direktori sistem yang telah dipasang pada komputer, terutamanya jika sistem seperti Unix dipasang (Linux, BSD, Mac OS X, dan sebagainya.). Bagaimanapun, ia belum dilaksanakan lagi di dalam DoudouLinux atas sebab-sebab teknikal [2].

Menggabungkan kedua-dua pasangan pilihan ini akan memberikan 4 jenis pengekalan:

Mod kekal
Mod Data Simpanan
1 pengguna fail tunggal
2 pengguna + sistem fail tunggal
3 pengguna direktori
4 pengguna + sistem direktori

5- Nyahaktif pengekalan

Ciri ini belum tersedia di dalam alat DoudouLinux lagi; Walau bagaimanapun, anda boleh mencapai tujuan ini secara manual jika anda mempunyai kemahiran yang diperlukan menggunakan Linux, atau anda boleh menggunakan sistem lain untuk mengakses fail pengekalan tanpa menjalankan DoudouLinux. Untuk tujuan tersebut, anda perlu memulakan dalam mod tanpa pengekalan :

  • di dalam kes pengekalan yang disimpan di dalam satu fail, lekapkan sekatan yang mengandunginya dan membuang atau menamakan semula fail tersebut
  • dalam kes pengekalan yang disimpan di dalam direktori, tukar label sekatan serta lekapkannya dan buangkan direktori yang telah ditambah oleh DoudouLinux.

Sudah tentu, jika anda buangkan fail pengekalan atau direktori, anda akan kehilangan semua data yang telah diubahsuai oleh DoudouLinux!

6- Bagaimana ia berkerja?

Cara pengekalan bekerja bergantung kepada kaedah penyimpanan yang digunakan.Dalam kes fail tunggal, fail tersebut mempunyai nama khas serta sentiasa dicatatkan pada root sekatan yang dipilih. Apabila DoudouLinux bermula dalam mod pengekalan serta mengesan fail tersebut, ia "melekapkannya" untuk mengakses kandungannya. Secara teknikalnya, fail mewakili satu sekatan maya yang diformatkan dengan sistem fail standard Linux dipanggil ext3.

Dalam kes pengekalan disimpan ke dalam direktori, sekatan cakera yang mengandungi direktori ini mempunyai nama khas. Bagi fail tunggal penyimpanan, apabila DoudouLinux bermula dalam mod pengekalan serta menjumpai nama sekatan tersebut, sekatan itu akan "dilekapkan". Had teknikal bagi DoudouLinux dengan kaedah ini adalah pengurangan nama yang panjang akan menyebabkan ianya tidak serasi dengan nama fail terdahulu.

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai fungsi dalaman pengekalan: ia berdasarkan kepada intrinsik, "Live CD" yang bekerja. Sistem seperti itu membenam Fail sistem yang dimampatkan yang jelas sekali hanya untuk dibaca sahaja kerana ia dibakar di dalam CD. Tetapi sistem itu perlu mampu untuk mengubahsuai atau mencipta fail pada komputer yang berjalan atas pelbagai sebab. Sistem fail yang hanya untuk dibaca kemudiannya digabungkan dengan sistem fail yang boleh ditulis oleh DoudouLinux.

Secara lalai ianya menyimpan sistem fail boleh tulis di dalam RAM memori komputer. Itulah sebabnya DoudouLinux tidak berbahaya! Tetapi ia juga menyebabkan kesemuanya hilang apabila komputer dimatikan. Apabila pengekalan diaktifkan keseluruhan sistem fail atau hanya sebahagian disalin ke dalam satu file atau ke dalam direktori sekatan sebenar. Kerana itulah pengubahsuaian boleh dipulihkan selepas boot semula, dengan syarat data ini telah "dilekapkan" di dalam sistem pada permulaan.

Footnotes

[1] Anda boleh melancarkan konsol menggunakan pintasan papan kekunci Kekunci Logo + T.

[2] Satu-satunya pengecualian adalah pemasang DoudouLinux yang mengaktifkan pengekalan menggunakan direktori kerana ia mengubah beberapa tetapan dalam sistem.


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0