DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

> Bahasa Malaysia > Tentang > Lagi Mengenai > Hala tuju DoudouLinux
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Hala tuju DoudouLinux

October 2011

All the versions of this article: [čeština] [English] [Español] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [română] [русский] [српски]

DoudouLinux mencapai status pembangunan yang memuaskan menjelang pertengahan 2011, cukup tersedia bebas untuk dimuat turun oleh orang ramai sebagai pelepasan rasmi yang stabil. Walau bagaimanapun, banyak penambahbaikan yang masih boleh ditambah, kerana idea-idea tambahan telah berkembang dari seluruh idea awal, jadi projek ini masih berkembang. Semua idea-idea ini tidak semestinya sepadan dengan topik teknikal seperti yang anda akan lihat, walaupun ianya adalah matlamat utama. Oleh itu, jika anda sukakan projek ini dan ingin menyumbang kepadanya, kami akan cuba mengekalkan dalam laman ini hala tuju dan senarai idea-idea untuk dibangunkan supaya anda mendapat idea tentang topik yang mungkin sepadan dengan kemahiran anda. Senarai tugas yang lebih lengkap dapat dilihat pada portal pengurusan projek kami, dengan menggunakan Carta Gantt.

Hala tuju

Pasukan DoudouLinux telah mengundi untuk tempoh 3 bulan sebagai kitaran pembangunan. Dari versi 2010-11, versi pembangunan dirancang untuk datang setiap 3 bulan. Ianya akan dinamakan mengikut tahun- bulan pelepasan, sebagai contoh, 2011-02, 2011-05, 2011-08, dan sebagainya Walaupun pelepasan rasmi yang stabil Gondwana ini tidak dijangkakan untuk mengikuti kitaran pelepasan, kami juga akan membawa kemas kini Gondwana secara berkala, sekurang-kurangnya untuk menyediakan terjemahan yang lebih baik.

Beberapa evolusi teknikal yang dirancang untuk keluaran akan datang disenaraikan di bawah. Ini tidak bermakna bahawa aspek-aspek bukan-teknikal tidak akan berubah, sebaliknya, kami juga ingin memperbaiki reka bentuk grafik pada masa hadapan. Akhir sekali, sila ambil perhatian bahawa evolusi teknikal yang dirancang untuk setiap versi boleh ditambah atau dibuang bergantung kepada kerja yang dicapai, dan kami berharap, bersama ketibaan penyumbang baharu projek.

  • 2011-11 tentatif
    • Satu alat untuk menghadkan penggunaan komputer pada waktu tertentu hari (jam, jangka masa)
    • Memperbaiki boot CD dan penutupan
    • daftar masuk automatik apabila terdapat hanya satu aktiviti dalam menu
    • Memperbaiki antara muka pengguna untuk melaporkan isu alat perkakasan
  • 2012-02 tentatif
    • Alat untuk memaparkan pengaktifan pengekalan dalam panel (dengan ikon pemberitahuan)
    • Memperbaiki antara muka pengguna untuk alat pengaktifan pengekalan
    • Alat untuk menetapkan masa pada hari
    • Alat untuk menukar susun atur papan kekunci imej ISO muat turun sebelumnya
  • 2012-05 tentatif
    • Membolehkan mengemaskini DoudouLinux tanpa memadamkan keseluruhan cakera anda
    • Memperbaiki antara muka pengguna untuk alat pemasangan DoudouLinux
    • Menggantikan menu aktiviti bersama alat yang lebih fleksibel, menyesuaikan keperluan dengan lebih baik

Bagaimana menambah baik DoudouLinux

Sudah tentu kami sentiasa berminat untuk mencari penyumbang baru untuk menterjemahkan kedua-dua CD dan laman web, jadi anda boleh melihat di bahagian Status terjemahan dan membantu kami mencapai matlamat tugas yang sangat besar. Walau bagaimanapun, projek kami boleh mendapat manfaat daripada kemahiran yang berbeza: pereka grafik, pemuzik, penulis, komunikasi, pembangunan antara muka, pembangunan kod, pembangunan sistem alat, pembangunan perkhidmatan web, dll. Sudah tentu isu utama budaya kandungan adalah hakcipta. Kami mungkin perlu membuat semula karya seni kami sendiri untuk menyelesaikan isu ini.

Semasa penulisan ini, topik hangat yang kami ingin bangunkan adalah seperti berikut:

  • rekabentuk grafik
    • penciptaan tema grafik untuk cd
    • memperolehi tema untuk laman web
    • menyokong komunikasi (risalah, poster)
  • muzik
    • menyediakan kanak-kanak lagu-lagu menggunakan songwrite
    • menyediakan muzik-muzik atau lagu-lagu tradisional
    • mewujudkan muzik moden (untuk kanak-kanak) → samba, jazz, blues, funk, dll.
  • penulisan
    • menyediakan puisi tradisional dan cerita-cerita dongeng
    • menyediakan novel dan cerpen
    • menulis semula cerita-cerita klasik seperti mitologi
  • komunikasi
    • menulis artikel untuk majalah dalam talian , atau laman-laman web komuniti
    • membuat video youtube
    • membantu pengguna dalam salah satu bahasa cd
    • kempen poster, menganjurkan persembahan demonstrasi
  • pembangunan
    • perasa pelayan Doudoulinux untuk bilik komputer
    • memasang Doudoulinux pada sistem windows ® tanpa repartitioning, à la ubuntu
    • mempunyai versi doudoulinux untuk pemproses arm, dan seumpamanya
  • pembangunan web, untuk menjana versi doudoulinux yang disesuaikan
    • membolehkan pengguna menukar susun atur papan kekunci dalam talian
    • membolehkan pengguna mengubah zon masa dalam talian
    • membolehkan pengguna menukar menu aktiviti dalam talian

Sila ambil perhatian bahawa senarai ini tidak lengkap, jadi jika anda rasakan bahawa kami telah terlepas pandang sesuatu, janganlah teragak-agak untuk berkongsi dengan kami!

Lain-lain hala tuju

Salah satu kebimbangan pasukan adalah untuk memastikan daya tahan projek. Atas sebab ini kami telah mula memberi projek ini satu struktur perundangan yang berupaya untuk mengalu-alukan pembiayaan (derma, tajaan dan peruntukan lain) dan untuk menjual, CD atau kekunci USB: ia adalah persatuan DoudouLinux [1]. Ini akan membantu kami untuk menyewa infrastruktur pengkomputeran yang kukuh (pelayan) dan untuk membiayai acara-acara promosi seperti mengambil bahagian dalam ekspo dan salun. Jika bajet mencukupi, kami juga membayangkan untuk menguji DoudouLinux dalam talian melalui sistem kawalan jauh yang disewa seperti VNC atau pelayan jauh X.

Footnotes

[1] Ia adalah sesuatu yang perlu untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan Perancis, yang dikenali sebagai "Association Loi 1901 ".


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0