DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

> Bahasa Malaysia > Sumbangan > Pembangun > Menjana DoudouLinux dalam bahasa lain
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Menjana DoudouLinux dalam bahasa lain

October 2011

All the versions of this article: [English] [Bahasa Malaysia] [русский]

DoudouLinux dibina menggunakan alat penciptaan LiveCD seperti yang dijelaskan di halaman Bagaimana untuk menjana CD / USB imej. Alat yang dinamakan live-helper, membaca fail konfigurasi di dalam direktori tertentu dan kemudian membina imej LiveCD / LiveUSB. Fail konfigurasi memberitahu alat bahasa yang manakah untuk digunakan, susun atur papan kekunci untuk digunakan, apakah pakej perisian untuk dipasang, dan sebagainya. Untuk menyediakan penyesuaian yang penuh ia juga boleh menulis ganti sebarang fail sebelum fail LiveCD / LiveUSB imej dihasilkan. Ciri ini juga digunakan untuk menterjemahkan beberapa teks.

Sebagaimana yang kita mahu supaya boleh membina DoudouLinux untuk pelbagai bahasa, fail konfigurasi tidak diubahsuai secara langsung dalam direktori standard live-helper. Sebaliknya kita mempunyai direktori asas konfigurasi config-base/ dan penyetempatan 1. Direktori asas sepatutnya menjadi bahasa yang-agnostik sebagai tuan rumah persetempatan untuk penyesuaian bahasa yang tertentu sahaja. Untuk memudahkan penjanaan bahasa yang baru, DoudouLinux menyediakan bantuan skrip init-lang.sh yang menjana konfigurasi bahasa yang baru.

Akhir sekali aplikasi juga mungkin perlu diterjemahkan (atau terjemahan lebih baik). Fail konfigurasi seperti yang dilihat hanya menetapkan persekitaran DoudouLinux. Jika anda ingin menterjemahkan ayat-ayat yang terdapat di dalam beberapa aplikasi, anda perlu menghasilkan fail pengantarabangsaan. Fail-fail ini boleh disepadukan untuk direktori penyetempatan atau digunakan untuk tampalan aplikasi dan menjana pakej Debian yang baru. Yang paling mudah adalah penyelesaian pertama!

Nota :

  • Jika anda hanya berhasrat untuk memberikan kami (melalui e-mel) fail teks terjemahan DoudouLinux sebarang CDROM yang sudah sedia ada, anda tidak perlu membaca seksyen 2 "Menambah bahasa baru" dan 6 "senarai pakej bahasa". Pakej fail penterjemahan boleh dimuat turun di halaman fail terjemahan, ia juga boleh didapati dalam talian di TransiFex.
  • Jika anda tidak mahu terganggu dengan penjanaan seluruh sistem Live, anda boleh meminta kami meletakkan pada pelayan kami versi "mentah" DoudouLinux bahasa anda (hanya perlu memberitahu kami kod bahasa penuh anda dan susun atur papan kekunci ). Setelah imej Live tersedia, kami boleh memberikan anda dengan fail yang diperlukan untuk terjemahan dan mengintegrasikannya kembali kepada DoudouLinux apabila kerja terjemahan selesai.
  • Menggunakan pengekodan aksara UTF-8 bagi semua teks anda! (tetapi tidak untuk menu boot).
  • Dokumentasi pengguna adalah diambil dari laman web ini dengan alat khusus, jadi terjemahan dokumentasi bergantung kepada perisian laman web Spip.

1- Memahami pepohon

Direktori penyetempatan mengandungi pepohon berikut:

config-l10n/
├── apps/	= SVN luaran datang dari lang/trunk/apps/
├── desktop-entries/	= SVN luaran datang dari lang/trunk/env/icons/
├── overwrite/
│   ├── ar/
│   ├── en/
│   ├── es/
│   ├── fr/
│   ├── …
├── packagelists/
└── rewrite/
    ├── settings/
    └── templates/

Seperti yang anda boleh lihat, pepohon diperbuat dari:

  • apps/, cermin SVN fail terjemahan aplikasi daripada cawangan SVN lang/trunk/apps/
  • desktop-entries/, cermin SVN fail ikon dan kategori (tab LxLauncher) dari cawangan SVN lang/trunk/env/icons/
  • overwrite/, untuk fail yang akan menulis ganti beberapa fail lain, ia disusun mengikut bahasa menggunakan direktori kod dwi huruf (fr/, es/, etc.)
  • packagelists/, untuk senarai pakej bahasa tertentu (kamus dan sebagainya.)
  • rewrite/, untuk skrip yang menulis semula beberapa fail asas konfigurasi

Sila ambil perhatian bahawa apps/ dan desktop-entries/ hanya muncul apabila anda mengambil kod SVN ke komputer anda kerana ia hanya berada diluar [1]. Kesemua direktori dan fail tersebut diterangkan dalam dokumen ini. Untuk lebih memahami mengapa terdapat begitu banyak direktori, adalah perlu untuk menghuraikan bagaimana proses membina LiveCD / LiveUSB bermula:

  1. fail konfigurasi asas disalin dari config-base/ ke dalam build/config/
  2. fail bahasa khusus disalin dari config-l10n/overwrite/xx/ ke dalam build/config/
  3. fail ikon aplikasi dan kategori disalin dari config-l10n/desktop-entries/ ke dalam sub-direktori build/config/chroot_local-includes/
  4. skrip tulis semula dari rewrite/ dijalankan untuk menterjemahkan beberapa teks secara langsung dari dalam build/config/

Selepas operasi ini, konfigurasi direktori sebenar build/config/ tersedia dan penciptaan LiveCD / LiveUSB boleh dilancarkan menggunakan live-helper.

2- Menambah bahasa baharu

Untuk membuat terjemahan baru, anda perlu membuat:

  • fail tetapan bahasa config-l10n/rewrite/settings/xx
  • senarai pakej fail bahasa config-l10n/packagelists/doudoulinux-l10n-xx
  • direktori bahasa fail ditulis ganticonfig-l10n/overwrite/xx/

Skrip init-lang.sh membantu anda mewujudkan semua fail dan direktori. Cuma pergi ke doudoulinux/live/trunk/ dan taip:

./init-lang.sh xx

di mana xx kod dwi huruf bahasa. Mana-mana fail yang sedia ada sebelum ini tidak akan diubah suai juga tidak dipadam supaya ianya boleh digunakan untuk mengemas kini direktori bahasa bila-bila masa diperlukan. Perhatikan bahawa anda tidak bebas untuk memilih kod dwi huruf sejak Debian menggunakan spesifikasi ISO. Lihat halaman FAQ pembangun untuk mengetahui bagaimana untuk mendapatkan kod-kod ini.

3- Ikon aplikasi dan tab LxLauncher

Teks-teks ikon aplikasi dan tab LxLauncher disimpan dalam direktori *.directory dan fail *.desktop. Fail-fail ini terletak dalam pepohon "lang /": lang/trunk/env/icons/applications/ dan lang/trunk/env/icons/desktop-directories/. Ianya sudah pun berbilang bahasa dan tidak perlu ditiru tetapi terus disunting [2] . Tolong jangan sunting salinan SVN dalam live/trunk/config-l10n/desktop-entries/ kecuali untuk tujuan pengujian kerana anda tidak akan dapat melakukan perubahan anda dari direktori ini.

Kandungan fail ikon atau kategori adalah seperti berikut:

[Desktop Entry]
Type=Application
Version=1.0
Encoding=UTF-8
Name=SuperTux
GenericName=A Platform Game
GenericName[fr]=Un jeu de saut et course
GenericName[de]=Ein Jump&Run Spiel
GenericName[cs]=Plošinová hra
Comment=A Super Mario inspired penguin platform game
Comment[fr]=Un jeu de pingouin inspiré de Super Mario®
Comment[de]=Ein von Super Mario inspiriertes Pinguin Jump&Run Spiel
Comment[cs]=Plošinovka inspirovaná SuperMariem s tučňákem Tuxem v hlavní roli
Icon=supertux.png
Exec=supertux
Terminal=false
StartupNotify=false
Categories=Application;Game;ArcadeGame

Anda perlu menterjemahkan atau meningkatkan sekurang-kurangnya Comment dan juga rentetan Name. Name adalah nama aplikasi icon seperti dipaparkan pada desktop DoudouLinux. Comment merupakan belon perihal yang dipaparkan apabila tetikus melintasi di atas ikon aplikasi. Anda bebas menambah mana-mana Comment [xx] yang hilang atau entri Name[xx] untuk bahasa anda.

Sila ambil perhatian bahawa teks-teks rujukan untuk terjemahan adalah dari bahasa Inggeris dan Perancis. Maknanya mungkin berbeza dari sebarang terjemahan yang telah sedia ada kerana kami mungkin telah menyesuaikan teks untuk pengguna kami: kanak-kanak. Perhatikan juga bahawa anda mungkin perlu salinan fail tambahan *.desktop ke lang/trunk/env/icons/applications/ jika anda mendapati beberapa ikon lain tidak dapat atau tidak betul apabila diterjemahkan dalam bahasa anda. Fail ini boleh disalin dari /usr/share/applications/ or /usr/share/desktop-directories/ semasa menjalankan LiveCD.

4- Direktori tulis semula

Skrip tulis semula telah diwujudkan untuk mengelakkan pertindihan skrip konfigurasi hanya untuk menukar sedikit ayat antara satu sama lain. Sebaliknya template fail konfigurasi dari config-base/ boleh digunakan semula untuk setiap bahasa. Skrip tulis semula mengubah template pada masa berjalan dalam direktori build/config/. Direktori tulis semula mengandungi perpustakaan tulis semula pada root nya dan menulis semula skrip sama seperti yang dinamakan dalam sub-folder bahasa. Sebagai contoh kita ada 4 skrip 90session-user di pepohon config-l10n/rewrite/ ditambah dengan skrip perpustakaan:

$ find config-l10n/rewrite/ -name 90session-user
config-l10n/rewrite/90session-user
config-l10n/rewrite/es/90session-user
config-l10n/rewrite/ar/90session-user
config-l10n/rewrite/fr/90session-user
config-l10n/rewrite/en/90session-user

Pada perpustakaan di atas adalah config-l10n/rewrite/90session-user. Jika anda ingin menterjemahkan ke dalam bahasa Arab, anda perlu menukar config-l10n/rewrite/ar/90session-user sahaja. Ini membuatkan ia sesuai untuk mengubah perpustakaan tanpa semestinya mengubah semua skrip tulis semula yang berkaitan dengan bahasa khusus.

NB: proses tulis semula hanya beroperasi sebelum LiveCD / LiveUSB sebenar dibina, anda tidak boleh tulis semula fail yang muncul semasa memasang pakej. Ini bermakna bahawa skrip tulis semula pada asasnya mensasarkan fail konfigurasi. Pepijat atau pengubahsuaian boot mestilah beroperasi menggunakan config-l10n/xx/ atau membina hook, iaitu ciri-ciri live-helper.

Pada masa penulisan ini, skrip tulis semula adalah seperti berikut:

rewrite script apa yang diubah
01binary bahasa sistem dan susun atur papan kekunci
01bootstrap cermin repositori Debian (lihat http://www.debian.org/mirror/list untuk mendapatkan pelayan yang paling hampir)
01set-grub-syslinux teks boot (Grub/Syslinux)
05translate-shutdown teks terakhir dipaparkan di dalam konsol sebelum penutupan
10lxlauncher-session tajuk dialog daftar keluar
12lxpanel-lowbat dialog bateri lemah
20cups-pdf definisi pencetak PDF
90session-user entri menu sesi (GDM)
92skel-profile akaun Telepathy Salut

Ia mungkin berubah dalam keluaran DoudouLinux masa hadapan.

5- Fail konfigurasi

Direktori config-l10n/xx/ mengandungi fail konfigurasi yang mungkin menulis semula fail yang datang dari config-base/. Direktori ini sepatutnya mengandungi:

  • fail yang tidak diubah suai atau tidak wujud dalam bahasa lain
  • Fail yang tidak boleh dijana semasa membina live-helper
  • Fail yang tidak boleh diproses oleh skrip tulis semula (fail binari misalnya)

Semasa penulisan ini, direktori config-l10n/xx/ mungkin mengandungi fail berikut :

configuration file apa yang diubah
chroot_local-includes/etc/localtime masa tempatan komputer
chroot_local-includes/etc/timezone zon masa komputer
fr/chroot_local-includes/etc/skel/.vkeybdmap peta kekunci vkeybd, bergantung kepada susun atur papan kekunci
chroot_local-includes/etc/skel/poster-xx.png imej poster DoudouLinux

Ia mungkin berubah dalam keluaran DoudouLinux masa hadapan.

6- Senarai pakej bahasa

Setiap bahasa harus menyediakan senarai pakej penyetempatan dinamakan doudoulinux-l10n-xx dalam direktori config-l10n/packagelists/. Senarai pakej ini secara automatik digabungkan ke dalam senarai fail pakej global pada masa berjalan. Biasanya fail ini mengandungi pakej terjemahan tetapi mungkin berlaku beberapa aplikasi didedikasikan untuk bahasa terlalu sedikit (contohnya kata kerja Perancis, Sepanyol, dan lain-lain).

Senarai fail pakej adalah fail teks ringkas yang mengandungi nama-nama pakej. Anda boleh menulis beberapa nama pakej per baris menggunakan pemisah ruang. Aksara Comment tanda nombor "#". Sebagai contoh:

# DoudouLinux localization file
#
# defines language specific packages

# dictionary / language
verbiste-gnome
dict-freedict-fra-eng dict-freedict-eng-fra
dict-freedict-fra-deu dict-freedict-deu-fra
dict-freedict-fra-nld dict-freedict-nld-fra
apertium-tolk apertium-fr-es 

# kid games
gcompris-sound-fr
childsplay-alphabet-sounds-fr childsplay-lfc-names-fr

etc.

Pakej khusus untuk bahasa tertentu boleh didapati dengan arahan “apt-cache search”:

$ apt-cache search freedict english | cut -d ’ ’ -f 1

Ia juga boleh menggunakan penyempurnaan TAB pada arahan jenis ini:

$ dpkg -l childsplay-lfc-names-<tekan TAB>
childsplay-lfc-names-ca  childsplay-lfc-names-fr  childsplay-lfc-names-nl

7- Pakej DoudouLinux

DoudouLinux juga membangunkan beberapa aplikasi (kecil). Oleh kerana kami mempunyai akses penuh kepada kod sumber dan repositori Debian, kami lebih suka mengemas kini pakej-pakej ini dan bukannya meletakkan fail ke dalam config-110n/ [3]. Fail-fail yang diubah suai terletak di pepohon pakej packages/trunk/apps/. Jika anda perlu mencari beberapa fail *.desktop, anda boleh taipkan seperti berikut:

$ find packages/trunk/apps/ -name ’*.desktop’
packages/trunk/apps/vkeybd-timidity/source/vkeybd-timidity.desktop
packages/trunk/apps/live-persistence/source/share/applications/persistence-gui.desktop
packages/trunk/apps/doudou-mouse/source/share/applications/mouse-settings.desktop
packages/trunk/apps/doudou-sound/source/share/applications/set-alsa-output.desktop

Jika anda perlu mencari fail terjemahan untuk diubah suai kerana ayat-ayat yang terdapat di dalam antara muka adalah salah atau tidak diterjemahkan, gunakan ini:

$ find packages/trunk/apps/ -name ’*.po’
apps/liveusb-write/source/share/locale/fr/LC_MESSAGES/liveusb-write.po
apps/live-persistence/source/share/locale/fr/LC_MESSAGES/live-persistence.po
apps/doudoulinux-mouse/source/share/locale/fr/LC_MESSAGES/doudoulinux-mouse.po
apps/doudoulinux-sound/source/share/locale/fr/LC_MESSAGES/doudoulinux-sound.po

Fail PO hanya fail teks tetapi boleh disunting dengan alat grafik yang berdedikasi seperti PoEdit. Akhir sekali, jika anda ingin membuat fail “*.po” yang baharu dari awal, anda boleh menggunakan pembantu skrip ./init-lang.sh dari direktori doudoulinux/packages/trunk/:

$ ./init-lang.sh xx packagename

di mana xx adalah kod dwi huruf bahasa anda dan packagename adalah nama aplikasi. Arahan ini juga akan mengemas kini fail templat terjemahan, fail PO T. Anda boleh menggunakannya untuk mengemas kini fail terjemahan tertentu apabila teks aplikasi (Bahasa Inggeris) telah berubah [4]. Untuk mencari fail template tersebut, taipkan seperti berikut:

$ find packages/trunk/apps/ -name ’*.pot’
apps/liveusb-write/source/lib/liveusb-write/messages.pot
apps/live-persistence/source/lib/live-persistence/messages.pot
apps/doudoulinux-mouse/source/lib/doudoulinux-mouse/messages.pot
apps/doudoulinux-sound/source/lib/doudoulinux-sound/messages.pot

8- Tampalan pakej

DoudouLinux juga menghos beberapa pakej Debian yang ditampal. Begitu juga untuk pakej DoudouLinux, ianya adalah lebih baik untuk mengubah tampalan aplikasi dan daripada menghasilkan tampalan baru. Tetapi jika anda tidak mahu diganggu oleh aplikasi yang ditampal, hanya perlu lihat di [artikel yang akan datang ...].

9- Bagaimana untuk menguji pakej yang diubahsuai

Cara yang paling mudah untuk menguji perubahan pakej adalah menulis kekunci USB DoudouLinux dengan pengekalan penuh diaktifkan, bukan hanya pengguna data kekal. Semasa menjalankan DoudouLinux, anda dapat membuat sebarang perubahan dan perubahan ini secara automatik dirakam pada kekunci USB. Jika anda tidak tahu fail yang mana untuk diubah suai dalam pakej yang diberikan, gunakan arahan sama dengan yang berikut:

$ dpkg -L supertuxkart | grep ’.desktop$’
/usr/share/applications/supertuxkart.desktop

Arahan dpkg -L hanya menyenaraikan semua pakej fail yang dipasang. Sila ambil perhatian bahawa fail PO dikompil ke fail MO untuk mencepatkan pencarian teks terjemahan. Kompilasi boleh dicapai menggunakan kebanyakan alat grafik yang khusus.

Satu lagi cara yang boleh digunakan adalah menyalin fail yang diubahsuai ke sub-direktori berkaitan iaitu config-base/chroot_local-includes/ atau config-l10n/xx/chroot_local-includes/ dan kemudian membina semula keseluruhan imej CD/ kekunci USB. Akhir sekali jalan terakhir adalah membina semula pakej yang diubahsuai (fail *.deb) kemudian pindahkan ke direktori live/trunk/localpackages/.

Apabila perubahan anda telah memuaskan, sila hantarkannya kepada kami!

Footnotes

[1] Luaran tidak diduplikasi mahupun berpaut, anda perlu mengemaskini luaran untuk mendapatkan maklumat terkini

[2] Sebab itulah mengapa ia tidak berada dalam direktori destinasinya config-base/chroot_local-includes/usr/share/

[3] Bagaimanapun jika anda perlu menguji perubahan, anda boleh menggunakan direktori ini.

[4] PoEdit mampu untuk kemas kini fail *.po yang sedia ada dengan versi yang baru daripada fail *.pot, yang digunakan sebagai template.


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0